Thursday, February 9, 2012

Cerita cuti 4 hari

Assalamualaikum. Baru ada kesempatan nak tulis dan bercerita pasal keseronokkan cuti 4 hari 4th-7th Februari 2012 seronokkan dapat berkumpul beramai-ramai dengan family.

Hari pertama
Lepas je balik dari buat pap smear balik rumah mak masak utk tengahari. Masak simple2 je sebab baru dapat called dari Busu (mak's adik bongsu) yang dia nak balik Seremban bawak kambing bbq. Memang awesome bunyinye. So kami masak simple jelah for lunch simpan perut huhuhu. Lokasi seperti rumah sebelah. Rumah sebelah = sebelah rumah mak ada rumah tinggal ehehehe tp dijaga oleh mak.

Afiq continue nyalakan api setelah Nuar bertungkuslumus nyalakan.

Ini chef Leen yang masak. Makteh buat kuih 2 jenis, kaklong combo goreng2 nugget, bebola ayam dan hotdog, Dayah buat air. So memang mantap!

 Kanak-kanak nilah dia aktivitinya. Masa tengah nyalakan api aku dah start isi air dlm pool ni.. gile lama nak tunggu penuh. Tp budak-budak ni tak tahu lagi. Sibuk main nyanyi2 dlm rumah mak. Sekali ntah mcm mana one of them ni nak cari mama haaa apalagi nmpk lah kelibat aku sedang isi air. Zasss memasing tak keruan nampak air. Cepat-cepat minta ditukarkan pakaian dan mandi-mandi alakadar wee wee dan terjun!
 Eh! Cantik jugak gamba dr hp bb bold aku ni kan ehehehe.. Sebelum terjun aku soh derang mandi dulu bg ilang peluh2 pehtu baca doa ekekeke.. kang lupa diri lak kang.

Sejam jugaklah derang ni mandi. Lepas tu lapar. Lepas makan2 aku minta tolong buang air dlm kolam ni apa lagi 5 min pertama je serius buang air. Lepas tu terjun kolam balik.
 Khadeeja muka exicited..kikikikiki kelakau muka dia time ni.
 Haaaa tudia....mummy dia (aku) pun tompang syok tompang kreatif membuat air pancut...
Bliss~~~

Hari Kedua
Plan nak duduk rumah je tapi mcm bosan plak. Kak Lip (my sister) nak buat ladies day out. Huhuhu tempat nye ke Jakel. Mak suruh masak dulu sebab sian lak tgk Nuar ditinggalkan dengan empty tummy ekekeke. Tp kalu masak lambatlah kan so mak ckp ajak Nuar lunch ng kita je. Ok settle. Makan di Rahang (kt tmpt pemain bola sepak NS training) makanan dia superb kata koooo!
 See! Tudung aku herot berod...Dayah dok gelak2kan aku. Dayah motif berbaju kurung alasan jarang kai baju kurung sebenarnya dia minat Anna Rafali miahahahaha!
 Emill tetiba minta didukung. Sebab berlari dalam kedai pehtu jatuh, bdk kedai buat2 marah dia ekekeke terus malu... (eh!kurus plak nmpk aku time nih)
 Dayah tak abis2 ng cotton dia. (dia suruh bg tahu itu bukan bag dia .. dia tolong pegang je bag itam tu bag medela kak lip) kikiki dayah2 esok ko pun kene bawak bag mcm ni gak taw.
 Hehehe budak kedai tahu gambanya di ambil terus tutup idung. Mak borong kain nak buat blaus...cantik2 lak tu kain mak beli rasa nak satu ekekekeke.
 Kak Lip jgn nak lace sgt lah. Istiqfar steady je..tido kejap kejap tapi tak meragam...

 Hehehehe singgah minum petang di Paparich Seremban 2. Mak keletihan. Cuaca memang panas 2 gelas sowang minum ekekeke. Istiqfar pun tak tahan dahaga terus minta milk.
 Malam tu memasing keletihan. Istiqfar masih celik segar bugar lagi.
 Abg Emill excited nak pakai samping oren yang dibeli ptg td.
Uuiiii apakah? Aku pun keletihan melunjur minta Nuar gosok2 kaki.. Emill kepanasan mlm tu

Hari ketiga
Mak ajak balik kampung jenguk rumah Arwah Wan. Sejak arwah wan meninggal rumah tu takda sapa duduk. Kami akan balik sekali sekala last kami balik bulan 12 aritu. Kali ni balik nak kemas-kemas je sikit2. Makcik aku upah orang sebulan sekali org tu datang bersihkan halaman mesin rumput semua. Jd takdelah rumah tinggal sgt.
 Hehehe sebelum balik kampung makan siap2 aku request mak mak masak gulai cendawan. Superb! Aku masak sayur je.
 Sampai kampung dalam pukul 4ptg. Wah! Menantu sapa yang rajin ni...Mesti isteri dia baik kan (motif!!) ekekekeke
 Baik-baik bro jangan sampai terbakar rumah. Bab nyalakan api Nuar memang pro.

 Dah siap mengemas. Aku ajak Nuar g kedai cari teh tarik...yelahkan rumah tinggal mana ada susu teh semua... jadi beli je. Dalam pukul 9malam baru balik ke Seremban semula.
Singgah makan malam di Bahau. Makteh ni kembar mak aku. Berselera betul memasing makan sebab lapar sgt kot.

Hari keempat
Ok last day dah. Hari ni lepak2 je di rumah. Tp ptg sebelum balik Putrajaya nak lawak kakak sepupu di KPJ Seremban. Sian dia kene operate di leher sebab ada batu dalam leher. Doc ckp batu tu boleh masuk melalui makanan kita. Kecik je pun batu tu tp effect dia perghhh... major operation tu.

 Lunch dulu.
 Istiqfar sebenarnya tgh jaga. Tp dia standby siap2 lelap mata takot kene flash camera.
 Menteri Fasola. Ekekeke Syamyll Ilan Soo ni eeeeiii geram betul tgk dia. Tak reti dok diam.. Ade je aktiviti dia. Pehtu kuat lak tu. Selamber je angkat kerusi.
Relaxx menonton dvd dlm bilik mummy. Dia tak tahu yang mummy dia ni dah nak balik. Kak Lip cakap Emill menanggis cari mommy luar dalam tgk mummy tak de ekekeke sian... takpe nnt mummy balik lagi k.


Sempat shopping online bersama kak lip. Alamak tak bayar lagi kt Kak Lip. Kak Lip siap ada account dengan pop look ni uolls. (tunggu gajjjjjj ye kak lip nnt i bayar) ehehehehe

Petang tu melawat kak sepupu dlm pukul 6ptg baru gerak balik ke Putrajaya. Huh... Selesai sudah cuti panjang lepas ni tunggu bulan 5 baru ada balik cuti am.

xoxo

2 berkata-kata:

  1. mmg pack dgn xtvt berpekdah terutama xtvt shopping tu

    ReplyDelete

Anythings??