Friday, December 10, 2010

Singapore - Day 1

Venue : Singapore
Motif : Bercuti di Singapore dan ke Universal Studio, Singapore
Date : 5th - 7th Dec 2010
Yang joint : My mak, Afiq (saya belanje masuk USS adiah UPSR yg lain mak sponsor), K.lip+Angah+Emill, Abang+K.long+Deeja, Nuar and Me.

Assalamualaikum....
Ok today saya nak story mory sikit banyak pasal percutian keluarga saya pada 5th-7th Dec 2010. Kami bertolak dari Seremban lebih kurang pukul 5 pagi. Tp saya bangun awal taw..dlm kol 4 pagi mcm tu sbb nak prepare bekal. Saya dan Nuar bawa 2 bag galas je.. Satu bag untuk makanan satu bag untuk baju. Dari Seremban berhenti rehat di Pagoh. Time tu baru kol 7 pagi mcm tulah. Rehat kejap je..then terus kan perjalanan ke Skudai.. Sampai Skudai cari rumah Shina..hihihi kami nak tinggalkan kereta kami di rumah Shina. Gile jauh umah minah ni. Dia cakap dekat ng UTM Skudai wahal..jauh ke dalam lagi. Ok tak pe lah kami meneruskan perjalanan. Sampai rumah dia, dia dah buat kay-te-ow yg sedap dan ummmphhhh! Makan2, mandi2kan bdk 2 org tu..yelah bby kan tak sampai hati nak mandikan kol 5pg td. Dari rumah Shina dia hantar kami ke Station Bas Gelang Patah. Memula plan nak naik taxi ke Jurong East. Tp pakcik taxi tu ckp better naik bas sbb kalau naik taxi dia akan benti kan ko kt Imigresen Tuas,Singapore nnt kat sana kene cari taxi lain pulak. Oh! Tidak. Better kami naik bas. Tambang RM4 je :)

Kejap je dari Gelang Patah, Johor nak ke Tuas, Singapore ni. Tak sempat tido lah uolls. 
Bas ni ikot 2nd Link. Haaa tu dah nampak dah Imigresen Tuas.
Emill kemain sonok naik bas. 
Kejadian di Imigresen Tuas: Rule Breaker No.1 , Nuar di tahan oleh penguatkuasa atas kesalahan membawa ROKOK. Penguatkuasa tu jumpa satu kotak rokok dalam poket dia so apa lagi satu sudah jumpa mesti ada stock lain kan...hahaha. Terus penguatkuasa tu geledah bag kami tak hengat punya bukak setiap compartment  bag..Hayoooo! I said "Madam it all food no cigarates here" She said "You stay i'll check" Arghhh! Kantoi lagi dua kotak rokok dlm bag makanan dan bag baju..termasuk sling bag i Ok ada chewing gum. Ekekeke... Nuar di tahan di soal siasat dan dikenakan cukai. Termasuk my big bro. Dia pun kena .. tp abang kene tahan kejap je..Sbb dia dah bawak rokok kuar rokok tu siap2 dari poket. My brother in law...selamat. Sbb itu jam Emill dah menangis takot kan polis jd orang tu soh dia by pas je tak check sling bag k.lip yg ada stock rokok jugak. Haiyooooo! Ini lelaki 3 orang manyak susah lah... Isaplah rokok tu puas2.. 
Kami yg menunggu Nuar n Abg keluar tu gelak2 je.. Tp mak cuak sangat. Biasalah orang tua kan..mcm2 pikir. hihihi... 
Ok dah sampai Jurong East. Ke Jurong East ni naik satu bas je dari Gelang Patah td. Tp disebab kan kami serened kt Tuas td so kne tunggu bas lain but same brand wit 1st bas. Tiket tu boleh guna balik.

Ini kat MRT Raffles. Dari Jurong East we take MRT go to Raffles. Raffles ke Novena. Sebab nak g Novena hotel kami area Novena.. Dalam train tu ermmm nak cakap sikit je pasal budibahasa org sana. Derang Negara Maju memang maju lah kan kalu dah ada MRT tu. Tp budibahasa kureng sikit. Dia nampak k.lip and K.long gendong anak kecik kan ko bagilah derang duduk. Kt board tu dah terpangpang dah khas for mom with baby,expected mummy,OKU. Tak kan nak bukak stroller lak kan. Then kami semua bawak bag besar2..Haih! ade sorang minah ni sound Nuar "sir your bag" sambil buat muka mcm marah giler. Marah sangat lah bag Nuar kena dia .. dia lak tgh main PSP. tu yg hangin sgt wahal byk lagi space untuk dia berdiri yg ngedeng2 kt Nuar pasal kan.

Sian Emill and Deeja dah penat. Termasuklah lelaki2 itu dah penat dan kelaparan. 
Ini Novena Square. Kiranya MRT Station Novena dlm pasaraya ni. Serius kt S'pore ni byk sangat mall. Kejadian di Novena Square ni pulak K.lip dan hubby dan anak mereka lost. Dah lah telefon tak boleh pakai. Jadi kami bnyk bermain dengan gerak hati agar k.lip's family selamat berjumpa kami di luar di tempat tggu taxi. Dia lost sbb time tu org ramai sgt beratur sampai keluar2 square ni sampai masuk kawasan perumahan area sini lah..ada artis buat show kt situ. Punyalah ramai amoi2 kt situ. Jd keadaan mcm tak terkawal lah. Panic arr hehehehe...

Sampai hotel check in untuk 4 room. Hotel ni saya dah book awal2 siap bayar lagi. Guna Asia Travel.com if uolls nak kemana2 sy syor kan guna asia travel.com ni..serius mudah dan cepat confirmation nye. Ok here the picture of our hotel room.

Standard Room

Total untuk 2 malam RM490 including tax+kad creadit interest saya lagi. Lebih kurang mcm tu lah. No breakfast. Ok lah bilik ni 2star. Lagi pun kami bukan nak lepak bilik sangat. Untuk tido sahaja. Lepas dah check in apa lagi bukak bekal dan makan makan.. Tp still lapar becoz tak do nasik. Hazab woooo nak cari makanan halal kt sini. 


Sesi briefing ni.. time ni tgh tggu org bujang 2 org tu (Mak and Afiq) bersiap hihihi... Afiq terlajak tido agaknye. Emill tak puas tido jd muka agak moody. Deeja layan je...tido je.
Kami sampai sini around 3pm.. Sbb naik MRT tu yg leceh sikit. Dengan kehilangan K.lip's Family lg..hadooo.. Dah makan dah minum..derang balik bilik masing2 tak pasal2 bilik i jd markas utk makan hehehe.. Tido2 kejap, mandi2 dlm kol 4.30pm tu tunggu kt Lobby Hotel utk menerus perjalanan makan angin kami. See Deeja..sian terlentok2 dia tido. 


Yeah! Tempat pertama Mustafa Centre. Kt sini jual mcm2. Ala mydin lah. Tp kt sini barangan dia branded2. Nike, Clarks, Adidas semua ada. Tp yang heran nye dia jual longgok nye. Kalah Al-Ikhsan. Tak taw lah ori ke tak..tp kalau tgk harga mcm ori. Sbb harga standard. Tak pastilah if kita beli barang kt sini contoh kasut kan adakah kita dpt kotak atau dia bungkus ng plastik je. Sbb memang stock longgok tinggi punye. Tp mahal.
Kejadian kt sini pulak. Ermmmm kami terbahagi kepada 2 group yelah nak naik taxi 8 org mana muat kan. So kami naik taxi asing2.. Taxi tu behenti lain2 tempat. Sekali lagi kami bermain dgn gerak hati. Hanya telefon k.long je boleh pakai. My phone plak creadit abes..sbb bila call in sy pun kene charge. Last2 kami kua je dok dpn pintu 4 kot. Bnyk sgt pintu kt sini.. Then another team tu cari kami.

Lepas ke Mustafa Centre kami ke Singapore Flyers.

Street Candid katenyer.....
Emill and Deeja play around depan Concorde Hotel Eh silap ntah lupa nama hotel tu.. 
Tp Hotel yg 5star ni jugaklah...

Aik! Why Emill cry??

 Owh! Emill cry becoz Deeja naik taxi dulu.. Time ni kami dah bahagi kan kepada 2 group.. so mudah nak cari each other nnt. Kt sana Taxi dia sangat effisen.Tunggu tak sampai 5min dah sampai. Tak payah call2. Very the pantas. Siap boleh pakai kad credit lagi you. Murah pun murah. Jd kalu nak kemana2 memang naik taxi jelah kami. Sit dia pun luas. Kalu taxi lama start meter from SGD2.80 kalu taxi baru SGD 3.20. Fyi..sepanjang saya kt sana saya dah ternaik 2 kali  Mercedes baru lampu bulat tu dan 1 kali Stream. Maju kan. Then derang tak memilih passenger bedal je semua orang dia ambil tak kiralah ko sapa. Bukan nak ngutuk negara sendiri tp korang pasan tak kalu kt KL nunnn taxi tak suka naaa amik orang malaysia sendiri. Why this happen?? Becoz kalu ng Malaysian tak boleh lah nak mark-up harga. Bukan nak ikot meter pun depa ni.. Kalu kt meter RM18 ko bantai ckp RM30 alasan balik kosong. Adoiyaiiiii!

Still depan Hotel ni.. wait for others taxi...

Tuu dia...street clicker kita...Byk gamba panorama actually tp letih kot nak compress all those picca.

Here we go! Dah sampai Singapore Flyers dah. Org taxi tu cakap kalu naik benda ni malam2 tak nmpk apa pun. Dan the pusingan will be 45min. Lama sangat kot. Nak naik pun kene q panjang. Jadi kami semua tak naik. Hik hik hik...apa lagi bergambar jelah.




 Dah kenapa plak tu k.lip tu..Penat kejar Emill kot.
Afiq sedang berkira2 nak naik bas mcm Hop ON Hop Off tu.. tp dah full..Duck Tour pun ada kat sini..mcm kt Melaka tu :)
 Deeja...bebas berlari kesana kemari



Dah puas ambil gambar..perut lapar kembali. Dan motif ke Mall pulak untuk cari food court or fast food yg bernasik.

So we go to Esplanade Mall 
 Dah sampai Esplanade Mall.. Sebelum turun taxi td kiteorg tanya driver taxi tu kat sini mana tempat makanan  halal kan. Then taxi tu tunjuk arah sini. Kami pun dgn semangat berkobar2 pergilah lah ke fudkot ni.
 Dari awal membawa ke hujung semua cina. Satay ada tp satay cina. Tak rela you.....
Kecewa lagi...no halal food here. Jd bergambar jelah.

 At Marina Bay. View yang sangat cantik
Gambar beramai2 pulak. Yang dibelakang tu ada bentuk sampan atas bangunan. Ramai jugak org atas tu. Mesti mahalkan nak naik atas tu. Siap ada swimming pool lagi. Then bawah tu mcm bentuk tangan tu ape ntah. Tp nampak mcm ada tingkap. hehehe...

 Belakang tu ada Durian besar hehehehe..Esplanade Theater...
Like kulit Durian kannnnn....

Ada concert LOVEHUNTERS tuuuu beb....walaupun saya tak tahu sapa tu Lovehunters famous ke? sefamous Super Junior kekekeke..... Concert ni akan diadakan di Esplanade Theater on this nu ear.

Ok after pusing2 dlm mall ni kami dah lapar nasi ok. Jd tanye lah orang kat mana nak cari makan halal kan.
Org tu ckp kt Bugis Street. Take a cab go to Bugis Street.
Kejadian disini : Sekali lg kami lost. Apabila taxi kami tu tak follow taxi depan kerana taxi kami ikot peraturan dan taxi depan tu redahhh je. Kami lost lagi. Lebih kurang 15min kami lost ikut gerak hati lagi dan kami berjumpa. Masa tu dah mlm dah dlm kol 8 mcm tu.. Nasi still tak jmpe. Mknan cino sesado.. Masa kami lost ng other team tu yg terdiri dari Mak,Afiq and Abg's Family tu kami jumpe Mc'D. Jd setelah bertemu semula kami pun cakap "Ada Mc'D!!!" "Ok Jom blasah jelah" Mak bersuara "Halal ke Mc'D kt sini" ohhhh



 Kami berbincang pasal nak makan mana kt depan Mall ni. Kagum bangat ng Mall ni. Iluma namanya.
Meneruskan perjalanan sampai satu point yg kami rasa nak tanya org lagi. Org tu tunjuk ke aras food court.
Ye memang ada deretan org islam stall but then it sharing with org china food court .. utilities nya pun di share... Sebaek makanan dia dah abis. So peniaga tu syor kan kami makan di Mamak berhampiran. Syukur Tuhan berikan petunjuk agar tak mkn disitu.

Yeah dah sampai mamak.
Still kurang yakin becoz peniaga dia agak selekeh. Berambut panjang berkuku panjang..

Betul2 tepi jalan besar mamak ni. Agaknye kalu kt malaysia dah lama reject dah tak nak masuk hihihi..
Tp kalu kt sini tak da pilihan redahhhh je.
Afiq ckp dia tak selera nak makan tp dia mkn jugak hihihi. Sebelum pulang saya tapau nasi putih dan telur mata. Telur dadar kt sini mahal beb SGD5 telur mata 50sen.Bayangkanlah SGD5 bersamaan RM11 mcm tu... giler akkkk.... Sebaek budak kedai tu bagi tahu awal2 kalu tidak tekanan time byr. Kt cashier dia org china jaga siap ada patung sami budha bagai. Tp kami tawakal je.

End of story day 1 at Singapore. 
Nnt saya sambung next n3 okey.
Mr.Husband dah bising nak breakfast!

3 comments:

  1. Wah! Ke singapore! Best nye ko.... Bape peruntukkan diperlukan ni?? Sharelah sikit.

    Nway good info. Love blog mcm ni.

    urs,
    fit

    ReplyDelete
  2. Thank you sharing your expirience then. Want more story bout holiday at singapore.

    ReplyDelete
  3. hye noorleen,
    u stay hotel ape ek masa kt spore?
    location kt area mn?

    thnx kalu dpt bantu.

    from,
    sutramayaku@gmail.com

    ReplyDelete

Thanks babe for leave a comment